MCA sedia berdepan PRN Johor

Ka Siong (dua dari kiri) menyempurnakan gimik Majlis Pelancaran Kebangsaan Kutipan Dana MCA bagi Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampus UTAR, di sini pada Jumaat.
Ka Siong (dua dari kiri) menyempurnakan gimik Majlis Pelancaran Kebangsaan Kutipan Dana MCA bagi Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampus UTAR, di sini pada Jumaat.
A
A
A

KAMPAR - MCA sudah mempersiapkan jentera parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun sehingga kini belum terdapat sebarang maklumat atau mesyuarat yang diadakan berhubung desas-desus PRN tersebut.

Menurutnya, setakat ini khabar angin mengenai PRN Johor itu hanya diketahui menerusi media massa.

"Saya rasa bagi MCA, kita berdepan dengan sama ada PRU15 atau PRN dimana-mana kita tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sama, tatacara kita adalah kita bersiap siaga kerana kita dah masuk tahun keempat.

"Bila-bila saja wisel ditiupkan kita akan bersiap siaga dan pastikan orang-orang kita sudah turun ke bawah dan mereka faham peranan mereka," katanya kepada pemberita ketika selepas Majlis Pelancaran Kebangsaan Kutipan Dana MCA bagi Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampus UTAR, di sini pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ka Siong berkata, apabila memasuki tahun keempat bagi setiap penggal, parti dapat menjangka akan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun PRN.

Menurut Pengerusi MCA Johor itu, malah untuk tempoh 18 bulan akan datang juga pihaknya meramalkan akan berlaku PRU15.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, perkara paling penting dilakukan adalah mendampingi rakyat setiap masa dan bukan hanya tunggu masa pilihan raya.

Pada Khamis, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan memberi bayangan PRN Johor bakal diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor memberi jaminan PRN tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri jika dilaksanakan tidak lama lagi.