Tekong darat cuba sogok polis

MASTURAH SURADI

Pati yang ditahan dalam operasi petang semalam.
Pati yang ditahan dalam operasi petang semalam.
A
A
A
KOTA TINGGI - Seorang tekong darat gagal menyogok anggota polis dengan wang RM5,000 selepas ditahan bersama pendatang asing tanpa izin (Pati) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan ketika operasi di ladang sawit, Bukit Setajam, Kampung Punggai, Sungai Rengit, Pengerang.

Menurutnya, dalam operasi itu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Team Lejang, Team Pintu diketuai Inspektor P Devendiran dibantu Inspektor Deris Jerman berjaya melakukan tangkapan terhadap dua lelaki tempatan, enam perempuan warga Indonesia dan 31 lelaki warga Indonesia di ladang berkenaan.

"Semasa tangkapan terdapat seorang lelaki tempatan yang merupakan tekong darat telah menghampiri pegawai operasi dan menghulurkan RM5,000 untuk minta melepaskan orang kena tahan.

"Pegawai operasi terus memberi amaran secara lisan tetapi tidak dipedulikan dan terus bertindak menangkap dan merampas wang tunai yang cuba disogokan.
Artikel Berkaitan:


"Semasa tangkapan dibuat turut di rampas tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenis, sebuah kenderaan jenis Proton Wira bersama serangkai kunci serta wang tunai campur campur RM 5,000,"katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, seramai 38 orang kena tahan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan menyeluruh.

Manakala kes cubaan merasuah akan di rujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.