Piala Liga: Liverpool tenggelamkan Arsenal di Emirates

Jota meraikan jaringan bersama para pemain Liverpool.
Jota meraikan jaringan bersama para pemain Liverpool.
A
A
A

DUA jaringan Diogo Jota membolehkan Liverpool menang selesa 2-0 ke atas Arsenal dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga, sekali gus mengesahkan slot skuad Jurgen Kloop itu ke pentas final di Wembley.

Arsenal mencatat keputusan seri 0-0 di Anfield minggu lalu walaupun bermain hampir sepanjang perlawanan dengan 10 pemain selepas kad merah Granit Xhaka, namun aksi kedua di Emirates gagal menyaingi keampuhan jentera The Reds.

Liverpool tanpa khidmat Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita masih berada di Cameroon bagi saingan Piala Negara-Negara Afrika, mendapat tekanan awal dan penyerang The Gunners, Alexandre Lacazette hampir menerjah tiang gawang dengan sepakan percuma sebelum sepakan leret Jota memberikan The Reds mendahului pada minit ke-19.

Arsenal tampak kurang berkeyakinan selepas itu sekali lagi dihukum Jota dengan penyudah kemas pada minit ke-77' gol yang pada mulanya ofsaid tetapi dibenarkan selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR).

Anak buah Mikel Arteta melabuh kempen Piala Liga dengan 10 pemain apabila Thomas Partey dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua selepas melakukan kekasaran ke atas Fabinho.

Untuk rekod, Liverpool akan memburu kejuaraan kesembilan Piala Liga apabila menentang Chelsea yang mengesahkan tempat ke perlawanan akhir hasil kemenangan agregat 3-0 ke atas Tottenham Hotspur awal minggu lalu.

Artikel Berkaitan: