Geng samun warga asing dicekup

Senjata dipercayai digunakan kumpulan samun itu yang dirampas polis.
Senjata dipercayai digunakan kumpulan samun itu yang dirampas polis.
A
A
A

MELAKA - Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kes samun warga asing menerusi serbuan berasingan di sekitar daerah ini di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua yang ditahan berusia 32 hingga 43 tahun.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan jenayah kumpulan samun itu yang aktif sejak awal tahun ini dengan mensasarkan warga asing lelaki dan wanita.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas dua buah kenderaan, dua bilah parang, telefon bimbit serta pakaian.

"Polis menerima tiga laporan membabitkan samun bersenjatakan parang di kawasan Ayer Keroh dan Batu Berendam.

"Keempat-empat mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bukit Beruang dan Taman Saujana Seksyen 3, Bukit Katil oleh sepasukan polis dari Cawangan (D9) Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah," katanya ketika dihubungi, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, polis terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas salah seorang suspek cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam tangki air di tingkat empat rumah pangsa sebelum berjaya ditangkap.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau selain tiga daripada mereka orang dikehendaki.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan turut mendapati suspek positf methamphetamine," katanya.

Kesemua mereka kini direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 395/397 akta sama.