Mapim mengutuk keras serangan di Christchurch

Masjid Al Noor di Christchurch New Zealand.
Masjid Al Noor di Christchurch New Zealand.
A
A
A

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekerasnya insiden serangan teroris ke atas Masjid Al Noor di Christchurch New Zealand pada Jumaat semalam, yang melibatkan puluhan terbunuh tatkala mangsa sedang solat.

Ini adalah serangan tidak berperikemanusiaan dan bersifat provokatif. Serangan pengecut ini sama sekali tidak boleh meredakan semangat umat Islam untuk menunjukkan kesatuan dan mempertahan kemuliaan Islam.

Mapim menegaskan ini adalah tindakan terorisme bertujuan menakutkan masyarakat Islam. Mapim menyeru umat Islam tidak tunduk kepada provokasi tersebut dan menyeru supaya semua masjid seluruh dunia termasuk di New Zealand dipenuhi oleh umat Islam.

Insiden ini seharusnya meningkatkan semangat umat Islam memenuhi masjid dan terus mempertahankan masjid. Mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum dengan hukuman yang wajar.

Namun yang perlu dilakukan segera ialah mengenalpasti dalang serangan teroris itu. Umat Islam sedunia perlu menunjukkan solidariti berdepan dengan agenda pihak yang mahu mencetuskan dan menyuburkan Islamofobia.

* Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)

Artikel Berkaitan: