X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Lelaki meninggal dunia di restoran disahkan sakit jantung kronik

Gambar tular lelaki yang disedari meninggal dunia di sebuah restoran.
A
A

HULU SELANGOR - Pekerja kilang yang ditemukan meninggal dunia di sebuah restoran di Bukit Sentosa di sini pada Rabu disahkan akibat sakit jantung kronik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7 pagi.

Arsad Kamaruddin
Arsad Kamaruddin

Beliau memberitahu, pekerja restoran memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui tidak sedarkan diri di restoran tersebut.

"Kematian disahkan Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah. Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian Covid 19 dan bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Arsad berkata, isteri kepada lelaki itu memaklumkan suaminya mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mengejut di restoran berkenaan yang telah tular di media sosial," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!