X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

SMK Kota Kuala Muda ditutup, 33 pelajar positif Covid-19

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda diarahkan tutup mulai Isnin sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. - Foto SMK Kota Kuala Muda
A
A

SUNGAI PETANI - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda di sini diarahkan tutup selepas 33 pelajarnya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, setakat ini, seramai 61 pelajar sudah disaring dan 33 daripadanya didapati positif.

Menurutnya, kes indeks Kluster Dah Jalan Pantai itu dikesan membabitkan seorang pelajar sekolah yang disahkan positif pada 14 Januari lalu.

"Kes positif Covid-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Jitra dan Kulim, manakala kontak rapat menjalani kuarantin di asrama.

"Kontrak rapat juga telah diarahkan menjalani kuarantin dan dinasihatkan melakukan saringan sekiranya mempunyai gejala," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, sekolah terbabit diarahkan tutup mulai Isnin sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

"Tarikh pembukaan sekolah akan ditentukan berdasarkan perkembangan selanjutnya," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 99 pelajar asrama Maktab Mahmud Tobiar, Pendang, Kedah disahkan positif Covid-19 melibatkan Kluster Dah Penyarom.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kes positif itu mula dikesan selepas terdapat beberapa pelajar perempuan mengalami gejala batuk dan demam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!