Video pukul tular, polis kesan individu terlibat

Tangkap layar seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah pusat membeli belah di Ipoh.
Tangkap layar seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah pusat membeli belah di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang memukul seorang lelaki selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, penyebaran video berdurasi 1 minit 5 saat itu mendapat perhatian umum selepas dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook pada Isnin.

Menurutnya, video berkenaan memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan individu lain.

"Satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Dalam masa sama, siasatan sedang dijalankan untuk mengesan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Yahaya turut meminta mangsa yang terlibat dalam kejadian pukul itu untuk tampil membuat laporan polis dan membantu siasatan.

Katanya, kerjasama orang awam juga diperlukan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan polis.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 012-5077026 bagi membantu siasatan," katanya.