X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Tiada vaksin, tiada Terbuka Perancis untuk Djokovic

Djokovic
A
A

NOVAK Djokovic boleh dihalang daripada beraksi di Terbuka Perancis selepas Kementerian Sukan mengatakan tiada pengecualian daripada undang-undang baharu pas vaksin Perancis.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic yang masih belum menerima vaksin Covid-19 itu telah dihantar pulang dari Australia pada Ahad sebelum menyertai kejuaraan Grand Slam pertama tahun ini apabila kalah dalam kes mahkamah berkenaan pembatalan visanya.

Undang-undang pas vaksin Perancis yang diluluskan oleh Parlimen, menghendaki orang ramai mempunyai sijil vaksinasi untuk memasuki tempat awam seperti restoran, kafe, pawagam dan kereta api jarak jauh.

"Peraturannya mudah. ​​Pas vaksin akan dikenakan sebaik sahaja undang-undang diisytiharkan di semua kawasan yang telah pun tertakluk kepada pas kesihatan.

"Ini akan terpakai kepada semua pihak sama ada menjadi penonton mahu pun ahli sukan profesional sehingga diberitahu kelak.

"Sekarang, setakat Roland Garros, ia berkuatkuasa pada Mei. Keadaan mungkin berubah dari masa ke masa dan kami berharap ia akan menjadi lebih baik. Jadi kita akan lihat terlebih dahulu tetapi jelas tiada pengecualian," kata kementerian itu.

Bintang tenis dari Serbia itu dihalang daripada menyertai untuk memenangi kejuaraan Grand Slam ke-21 di Terbuka Australia setelah enggan memberi vaksin dan dikritik kerana menghadiri acara awam bulan lalu selepas disahkan positif Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!