Bakar mercun dalam pasar raya samun kedai emas

Barang yang dirampas daripada suspek yang cuba menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Taman Mutiara Rini pada Isnin.
Barang yang dirampas daripada suspek yang cuba menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Taman Mutiara Rini pada Isnin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki bertindak membakar mercun di ruang tengah sebuah pasar raya di Taman Mutiara Rini di sini sebelum cuba menyamun sebuah kedai emas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 10 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek tidak bersenjata tetapi telah membakar mercun di ruang tengah pasar raya.

"Suspek dipercayai masuk pintu depan kedai ketika 'shutter' ditutup separuh dan menuju ke peti besi di bahagian belakang.

"Suspek turut menumbuk pipi kiri seorang wanita berusia 34 tahun yang merupakan pengurus kedai tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun berjaya ditangkap di lokasi kejadian.

"Beberapa barang turut dirampas daripada suspek iaitu mercun, pemetik api, topeng muka dan sarung tangan.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan samun dan satu kes curi kenderaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.