16 korban baharu Covid-19

Selangor melaporkan kes kematian tertinggi.
Selangor melaporkan kes kematian tertinggi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 16 korban baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.

Selangor melaporkan kes kematian tertinggi iaitu lima, disusuli Terengganu (tiga) dan Negeri Sembilan serta Pulau Pinang masing-masing dua kes.

Sementara itu, satu kematian dilaporkan di Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

Daripada jumlah itu, terdapat dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) turut direkodkan KKM.

Menerusi laman Covid-19Now, jumlah keseluruhan kes kematian sejak pandemik Covid-19 melanda negara adalah 31,808.

Pada perkembangan sama, sebanyak 40,619 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan

33,585 individu atau 82.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,762 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 3,088 kes dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan:

Terdapat 97 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 lagi memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Bagi kes sembuh pula, terdapat pertambahan 2,907 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,738,262.

Enam kluster baharu yang dikenalpasti KKM membabitkan empat kluster pendidikan dan masing-masing satu kluster tempat kerja serta import.

Kluster import dilabel sebagai Kluster Lumaco dan Kluster Jalan Hassan Tangkak (tempat kerja) dikesan di Johor.

Empat lagi kluster pendidikan adalah Kluster Jalan Tun Telani (Melaka), Kluster Dah Jalan Merbau (Kedah), Kluster Jalan Sikamat (Negeri Sembilan) dan Kluster Jalan Hang Jebat (Selangor, Kuala Lumpur).