Syarikat pendidikan swasta diiktiraf

A
A
A

No Image Caption

Lebih 75 Usahawan Pendidikan terima Anugerah Perusahaan Pendidikan Swasta PEEAM 20

PETALING JAYA - Anugerah Perusahaan Pendidikan Swasta PEEAM yang ke-2 anjuran Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM) pada 4 Disember lalu, berjaya mencapat matlamat.

Lebih daripada 50 syarikat pendidikan swasta di seluruh Malaysia telah disenarai pendek untuk Anugerah Perusahaan Pendidikan Swasta PEEAM 2021.

Anugerah berkenaan telah disiarkan secara langsung melalui pentas maya secara dalam talian dan dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Artikel Berkaitan:

HANG SOON
HANG SOON

Hang Soon dalam ucapannya berharap dapat bekerjasama dengan para usahawan pendidikan swasta pada masa akan datang untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia sama ada bagi institusi kerajaan mahu pun swasta.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Jeff Tan turut merakamkan penghargaan kepada panel juri yang mengambil bahagian dalam penilaian dan saringan syarikat pendidikan yang disenarai pendek.

JEFF TAN
JEFF TAN

Panel terdiri daripada bekas Timbalan Pengarah, Pejabat Timbalan Ketua Nazir Sekolah, Teoh Boon Hai; Ketua Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia, Thavarajan Subramaniam; Pengerusi PEEAM, Puan Sri Nonadiah Abdullah; Presiden Pertubuhan Pentadbiran dan Pengrusan Pendidikan Malaysia, Datuk Freida Pilus; Pengarah Malaysian Child Resource Institute, Aisha Zanariah Abdullah; Presiden Persatuan Anak Komuniti Keluarga Malaysia, Mahanom Basri dan Ketua Sekolah, Pusat Pengajian Pendidikan & Pengajian Am, Kolej Sentral Pulau Pinang, Juliana Ahmad.

Pada majlis itu, tujuh anugerah telah dipertandingkan bagi sesi tahun 2021 iaitu:

- Anugerah Kelestarian Perniagaan Pendidikan 2021

- Pusat Pendidikan Cemerlang pada Tahun 2021

- Francaisor Pendidikan Cemerlang 2021

- Pelesenan Pendidikan Cemerlang 2021

- Ruang Pembelajaran Berinspirasi 2021

- Produk dan Perkhidmatan Pendidikan Cemerlang 2021

- Pembelajaran Maya Cemerlang 2021

Pengiktirafan diberi kepada perusahaan swasta K12 bagi pendidikan institusi yang cemerlang termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), Pusat Jagaan dan Asuhan (Day Care), Pusat Tuisyen dan Pusat Pengayaan (Enrichment), Sekolah Swasta, Produk dan Perkhidmatan Pendidikan serta Institusi Pendidikan Tinggi.

Syarikat pendidikan yang turut memenangi anugerah termasuklah institusi pengajian tinggi seperti Kolej IPK, Kolej Mont Royale dan Kolej Sentral Pulau Pinang.

Jenama terkenal rangkaian pendidikan seperti Eduwis Sdn Bhd (pendidikan awal kanak-kanak), ATC Education (pusat tuisyen), Ten Toes Academy (pendidikan awal kanak-kanak) dan Mywis Academy (pusat jagaan) turut memenangi anugerah.

AZ Preschool (pendidikan awal kanak-kanak) merupakan pemenang terbesar apabila memenangi lima anugerah cemerlang.

NONADIAH
NONADIAH

Sementara itu, Nonadiah berkata, Anugerah Perusahaan Pendidikan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai pengusaha, organisasi dan individu luar biasa yang telah menunjukkan sumbangan besar dalam memimpin dan mengembangkan industri pendidikan sepanjang tempoh pandemik.

No Image Caption

Untuk melihat senarai syarikat pendidikan cemerlang yang telah memenangi Anugerah Perusahaan Pendidikan Swasta PEEAM yang ke-2, layari https://eduawards.peeam.org/ atau imbas kod QR.