Rayuan visa Djokovic ditolak

Djokovic - Foto AFP
Djokovic - Foto AFP
A
A
A

HASRAT pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mempertahankan trofi Terbuka Australia musnah apabila mahkamah membatalkan visa miliknya.

Pembatalan visa berkenaan secara keseluruhannya menyaksikan Djokovic tidak akan beraksi dan gagal mempertahankan trofi yang dimenanginya pada tahun 2019, 2020 dan tahun lalu.

Keputusan itu turut menyaksikan pemain Serbia itu terlepas peluang untuk memburu gelaran Grand Slam ke-21 pada kejohanan kali ini.

Pembatalan itu nyata mengecewakan Djokovic dan pemain berkenaan dilaporkan telah berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne menuju ke Dubai sejurus menerima keputusan daripada mahkamah berkenaan.

“Saya amat kecewa dengan keputusan mahkamah. Namun, dalam masa yang sama, saya tetap menghormatinya,” katanya.

Bagaimanapun pasukan undang-undang Djokovic menyifatkan tindakan menghantar pulang Djokovic sebagai tidak munasabah dan tidak seharusnya berlaku.

Dalam masa sama, Menteri Imigresen Australia, Alex Hawke menegaskan, pendirian Djokovic mungkin akan menyemarakkan lagi sentiment antivaksin di negara berkenaan sekali gus dikhuatiri akan menyebabkan aktivis-aktivis antivaksin mengadakan perhimpunan dan seterusnya melakukan protes berhubung perkara tersebut.

“Kita bimbang keputusan mahkamah ini akan menyebabkan aktivis-aktivis antivaksin memberontak dengan mengadakan perhimpunan selepas ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: