Nasib Hamidin bukan di tangan penyokong

Hamidin. - Foto Bernama
Hamidin. - Foto Bernama
A
A
A

KHABARNYA Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membentangkan laporan bedah siasat atas kegagalan skuad Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu tidak lama lagi.

Sudah tentu laporan bedah siasat itu cukup dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong bola sepak Malaysia. Hampir sebulan berlalu, tiada sebarang khabar berita atau ‘jawapan konkrit’ diberikan FAM dengan apa yang telah berlaku.

Sebaliknya, desakan demi desakan daripada ‘pemain ke-12’ Harimau Malaya lebih jelas kedengaran yang menuntut kepimpinan FAM melepaskan jawatan. Bagi mereka, kepimpinan FAM sudah gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Malah, mereka lantang mendesak barisan kepimpinan FAM mengikut jejak langkah Tan Cheng Hoe. Cheng Hoe melepaskan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya atas rasa tanggungjawab dek kegagalan Harimau Malaya di Singapura.

Kini, dua individu penting dalam badan pentadbiran FAM − Datuk Hamidin Mohd Amin yang memegang portfolio sebagai presiden dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi, timbalan presiden menjadi sasaran penyokong Harimau Malaya.

Mungkin sesuatu yang boleh melegakan Hamidin selaku orang nombor satu di Wisma FAM, beliau masih mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli gabungan badan induk itu. Beberapa presiden persatuan bola sepak negeri sudah menyatakan sokongan kepadanya.

Selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin kekal berdiri teguh di belakang Hamidin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Shaari Mat Hussain juga menyatakan komitmennya terhadap Presiden FAM itu.

Beberapa presiden persatuan bola sepak negeri lain turut senada dengan kenyataan Bung Moktar dan Shaari itu. Mereka menganggap Hamidin seorang pemimpin yang relevan untuk terus menerajui FAM dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Artikel Berkaitan:

Kini sifirnya mudah − relevan atau tidak Hamidin menduduki ‘kerusi panas’

FAM, semuanya bergantung kepada ahli gabungan FAM dan bukannya di tangan penyokong bola sepak Malaysia.