Noh gesa Selangor adakan sidang DUN khas bincang mengenai banjir

Noh ketika sidang akhbar di Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Seksyen 3 Shah Alam pada Ahad.
Noh ketika sidang akhbar di Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Seksyen 3 Shah Alam pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - "Bukan Selangor sahaja kena banjir, mengapa negeri lain tidak seteruk di Selangor. Fikirlah sendiri, saya malas nak komen."

Demikian kata Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar mengenai pengurusan banjir yang melanda Selangor pada Disember lalu.

Noh ketika sidang akhbar di Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Komplek KPPMS, Seksyen 3 di sini turut mencadangkan agar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas diadakan untuk membincangkan tentang bencana tersebut.

Menurutnya, sidang tersebut membolehkan ahli-ahli DUN berbincang dan memberikan pandangan yang boleh dijadikan garis panduan untuk menyelesaikan bencana tersebut.

"Tengok negeri lain, tak adalah kecoh macam di Selangor, kerana kerajaan negeri masing-masing dah bersedia. Mungkin dia (kerajaan Selangor) tidak sangka dan tidak bersedia, maka agak kelam kabut sedikit di negeri ini.

"Saya ingat kalau Parlimen boleh buat sidang khas banjir, kenapa Selangor tak boleh buat sebab Selangor paling teruk (dilanda banjir)," katanya di sini pada Ahad.

Baru-baru ini, Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Rizam Ismail turut mencadangkan sidang DUN khas perlu diadakan bagi membincangkan mengenai musibah banjir luar biasa yang melanda negeri itu pada 18 Disember lalu.

Rizam berkata, sidang itu perlu diadakan memandangkan terdapat banyak kawasan di negeri ini ditenggelami banjir.

Artikel Berkaitan: