‘Saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri’

Abdul Kadir
Abdul Kadir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir enggan meletakkan kedudukannya ke tahap ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Beliau menyerahkan segala urusan kepada peguamnya berkenaan 'ugutan' dibuat Aliff Syukri yang mendakwa ada individu berprofil tinggi berhutang puluhan juta ringgit dengannya, baru-baru ini.

“I don’t want to go down to their level (Saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).

“Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Aliff Syukri meluahkan meluahkan kekecewaan di Instagram susulan seorang bekas ahli Parlimen berasal dari Kedah yang didakwanya liat untuk bayar hutang.

Beliau turut berkata, individu berpangkat Tan Sri itu terhegeh-hegeh hendak berjumpa dengannya ketika memerlukan bantuan.

Ujarnya, beliau sudah beberapa kali cuba menghubungi individu berkenaan tetapi gagal.

“Siapa kenal Tan Sri ini? Minta dia bayar duit saya berpuluh juta. Dia mesti kaya sebab bekas menteri.

“Orang Langkawi mesti kenal, saya minta tolonglah kalau hantaran ini dilihat oleh anak dia atau saudara-mara, janganlah menzalimi saya,” katanya menerusi hantaran Instagram pada Ahad.

Walaupun tanpa menyebut nama, Aliff turut memuat naik imej seorang lelaki dipercayai individu yang dimaksudkan namun menutup bahagian wajahnya.

Ditanya mengenai respons atau usaha untuk membersihkan imejnya kembali, Abdul Kadir hanya menjawab ringkas.

“Saya dengan orang macam itu tak nak komen, saya tak nak sebut nama,” katanya.

Dalam hantaran berbeza pada Isnin, Aliff menyifatkan dirinya hanya ikan bilis jika dibandingkan dengan individu berpangkat Tan Sri yang mempunyai lebih ramai kenalan hebat dan berpangkat.

Justeru, katanya, beliau perlu berani menuntut haknya yang tidak seberapa itu.

“Saya percaya Tan Sri orang ternama, seorang hartawan yang ada beribu aset di Malaysia.

“Jadi, setakat duit puluhan juta saya itu tak ada masalah untuk Tan Sri berikan sebab itu hak saya. Pelik, takkan Tan Sri nak ambil hak peniaga kecil-kecilan ini?

“Bayangkan siang malam saya berniaga buat live sampai kena maki dan hina, senang-senang nak ambil hak saya.

"Jangan sampai saya hilang sabar, tunjuk video dan rakaman semua,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu hutang: Aliff Syukri dedah mesej kepada bekas menteri

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta