Budak 4 tahun hilang, hanya selipar ditemui di sungai

Pasukan bomba melakukan operasi SAR mencari kanak-kanak lelaki empat tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Ladang Man Coon, Beluran.
Pasukan bomba melakukan operasi SAR mencari kanak-kanak lelaki empat tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Ladang Man Coon, Beluran.
A
A
A

BELURAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya di Ladang Man Coon di sini, pada Sabtu.

Kehilangan Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil disedari kira-kira jam 2.30 petang selepas rakannya hanya menemui selipar mangsa di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.15 petang.

"Mangsa dipercayai tergelincir ketika mandi di sungai berkenaan bersama kanak-kanak lain. Hanya selipar mangsa ditemui oleh rakan-rakan mangsa.

"Pasukan bomba segera ke lokasi sebaik menerima panggilan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun mangsa tidak ditemui sebelum operasi ditangguh semalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, operasi SAR mangsa kemudian diteruskan pada Ahad jam 6.53 pagi di sekitar sungai berkenaan.

"Ketika ini operasi sedang dilakukan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 di sekitar sungai terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: