Bas persiaran bawa 15 pelancong China terbabas

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebuah bas persiaran yang membawa 15 pelancong dari China dalam perjalanan ke resort Kampung Rampayan, terbabas lalu terhumban ke dalam parit di Kampung Kesapang, Kota Belud hari ini.

Dalam kenyataan di sini, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, agensi itu menerima panggilan kecemasan pada jam 9.37 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

Menurut kenyataan itu, seorang penumpang mengalami kecederaan di dada serta sukar bernafas bagaimanapun mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Belud sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberi bantuan awal kepada semua mangsa seterusnya membawa mereka ke hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan: