X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

1,300 polis pantau sambutan Thaipusam di Batu Caves

Gambar hiasan.
A
A

GOMBAK - Seramai 1,300 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini pada Ahad hingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, daripada jumlah itu seramai 318 anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik akan memantau aliran trafik di sekitar Batu Caves.

"Sebanyak tujuh jalan akan ditutup bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam Ahad. Antara jalan ditutup adalah persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu, susur dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves.

"Jalan Batu Caves lama ke pintu utama kuil, persimpangan lampu trafik Sri Batu Caves (SBC), persimpangan Jalan 8/ Jalan Batu Caves lama, susur MRR2 dari Sri Gombak ke susur Perusahaan dan Jalan Perusahaan ke kuil Batu Caves," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini pada Sabtu.

Zainal Mohamed berkata, kekuatan PDRM itu adalah mencukupi serta akan dibantu oleh jabatan dan agensi lain.

"Agensi dan jabatan yang akan membantu PDRM adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Malaysia.

"Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Jabatan Kerja Raya," katanya.

Beliau berkata, aktiviti keagamaan sempena perayaan Thaipusam adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

"Selain itu, pihak pengurusan kuil akan menyediakan tiga pas kebenaran masuk ke kuil untuk menyertai ritual keagamaan antaranya pas masuk, pas sembahyang (penganut) dan pas paal koodam (pembawa belanga susu)," katanya.

Menurutnya, upacara keagamaan di kuil dibenarkan dengan pematuhan SOP perayaan Thaipusam.

"Jumlah kehadiran tidak boleh melebihi had 6,000 orang setiap hari, manakala upacara membawa kavadi adalah tidak dibenarkan, kompaun akan dikeluarkan jika mendapati ada individu yang melanggar SOP," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!