X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Penghantar barang mengaku tidak bersalah menyamun

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyamun seorang lelaki pada 31 Disember lalu.

Mohd Adly Hafizzi Abu Hassan, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan samun terhadap seorang lelaki, G Rubindran Raj, 20, dengan cara meragut rantai leher milik mangsa di Jalan Lengkok Abdullah, Brickfields di sini jam 10.30 pagi pada 31 Disember 2021.

Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Sivaraj Retinasekharan merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah, sekitar RM5,000.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim Izralizam membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Pada 2 Mac 2021, media melaporkan, sepasang suami isteri antara lima yang ditangkap kerana mendalangi kegiatan ragut jalanan dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, 17 Februari 2021.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati, modus operandi kumpulan yang dikenali Geng Adi Bee dipercayai meragut di kawasan perumahan dan perindustrian dengan mensasarkan pejalan kaki serta penunggang motosikal.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!