Jawatan penting negara perlu melalui pengawasan prapelantikan

Chang Lih Kang
Chang Lih Kang
A
A
A

IPOH - Pelantikan jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam negara perlu melalui proses pengawasan prapelantikan atau oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, Parlimen Malaysia.

Cadangan itu disuarakan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang yang menyifatkan kuasa pelantikan jawatan penting dalam negara tidak harus tertumpu di tangan seseorang pemimpin, baik menteri atau perdana menteri.

Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dianggotai tujuh Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang adalah platform terbaik untuk meneliti pelantikan jawatan-jawatan awam terbabit.

"Proses pengawasan prapelantikan bukan sesuatu yang luar biasa, menurut laporan Cabinet Office Guidance: pre-appointment scrutiny by House of Commons select committees pada Januari lalu, pelantikan kira-kira 60 jawatan awam dari semua kementerian harus melalui pengawasan pra-pelantikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

"Ini merupakan sebahagian daripada proses pelantikan jawatan-jawatan tersebut sejak 2008, langkah ini telah memastikan kuasa eksekutif dapat disemak oleh parlimen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Abdul Hamid Badur, selaku pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Naib Presiden PKR itu berkata, memandangkan pelantikan jawatan itu belum dimuktamadkan, pihaknya meminta agar jawatan berkenaan dijadikan tugas pertama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menjalankan proses pengawasan pra-pelantikan.

"Dengan tekad yang tinggi kita telah wujudkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen, saya yakin kerajaan akan memanfaatkan jawatankuasa ini dengan sebaik mungkin, supaya hasrat rakyat yang inginkan perubahan dapat dipenuhi," katanya.

Artikel Berkaitan: