Solat ghaib untuk mangsa korban Christchurch

Solat ghaib yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini. - Foto Facebook Muhammad Nadir Al-Nuri
Solat ghaib yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini. - Foto Facebook Muhammad Nadir Al-Nuri
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di Gaza, Palestin menunaikan solat jenazah ghaib kepada umat Islam yang terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.

Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, solat tersebut dilakukan selepas penduduk terbabit selesai menunaikan solat Jumaat.

"Ia dilaksanakan usai khutbah bertajuk Akhlak Islam Terhadap Bukan Islam. Inilah keindahan Islam.

"Tatkala dihidangkan dengan gambar puluhan syuhada yang dibunuh beramai-ramai dalam suasana aman dan di rumah ibadah mereka, Islam masih menyeru kepada akhlak dan adab terhadap bukan Islam.

"Tatkala tempat sendiri diserang dengan puluhan roket dari musuh Zionis, sakit di badan sendiri dilupakan kerana ada anggota badan lain, yang jauh lebih sakit dan memerlukan solidariti dan kesatuan," katanya menerusi akaun Facebook Nadir Al-Nuri.

Perkembangan terbaharu, angka korban meningkat kepada 49 orang manakala lebih 48 orang cedera dalam insiden dua serangan tembakan rambang di dua buah masjid di negara itu.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam satu kenyataan menyifatkan insiden berkenaan sebagai serangan pengganas dan merupakan peristiwa paling buruk dalam sejarah negara itu.

Artikel Berkaitan: