Lima pembeli sijil vaksin palsu di Terengganu disiasat

Hasil siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu didapati berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi dan polis masih melakukan siasatan jumlah sebenar yang tidak mendapatkan suntikan, namun hanya mendapat sijil vaksinasi palsu. (Gambar Kecil) M Zambri Mahmud .
Hasil siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu didapati berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi dan polis masih melakukan siasatan jumlah sebenar yang tidak mendapatkan suntikan, namun hanya mendapat sijil vaksinasi palsu. (Gambar Kecil) M Zambri Mahmud .
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis telah menyiasat dan mengambil keterangan kesemua lima individu yang tampil memberikan kerjasama berhubung pembelian sijil vaksinasi palsu di sebuah klinik swasta di Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintenden M Zambri Mahmud berkata, kesemua mereka merupakan penduduk tempatan berusia lingkungan 30-an.

"Pihak polis telah mengambil keterangan lima individu terbabit bagi membantu siasatan. Kesemua mereka adalah dari Terengganu.

"Seorang daripadanya mengesyaki ditipu kerana masih tidak menerima sijil vaksinasi hingga kini walaupun telah membuat bayaran,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Rabu lalu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, lima individu berkenaan bersetuju menjadi saksi berhubung kes penipuan membabitkan seorang doktor berusia 51 tahun yang didakwa menjual sijil vaksinasi palsu.

Suspek yang ditahan pada 8 Januari lalu dipercayai melakukan perbuatan itu selepas premisnya diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu.

Rohaimi berkata, klinik swasta itu menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin berbayar kepada orang ramai selain turut mengeluarkan sijil vaksin bagi mereka yang enggan disuntik.

Antara pelanggannya termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM400 hingga RM600 seorang.

Artikel Berkaitan: