Liverpool gagal tumbangkan semangat 10 budak Arsenal di Anfield

Antara aksi menarik perlawanan Liverpool menentang Arsenal dalam saingan Piala Liga di Anfield.
Antara aksi menarik perlawanan Liverpool menentang Arsenal dalam saingan Piala Liga di Anfield.
A
A
A

LIVERPOOL dikecewakan persembahan terpuji 10 pemain Arsenal yang mengikat tuan rumah tanpa jaringan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Anfield, menyaksikan pelawat tenang bertahan selepas Granit Xhaka dibuang padang pada minit ke-24.

Pemain tengah antarabangsa Switzerland, Xhaka dilayangkan kad merah selepas mencabar Diogo Jota ketika berusaha menafikan peluang pemain Portugal itu menjaringkan gol.

Kurang seorang pemain, menyaksikan kepintaran pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila bertindak membawa pemain pertahanan Rob Holding menggantikan penyerang Eddie Nketiah, meninggalkan Alexandre Lacazette peledak tunggal di hadapan.

Biarpun anak buah Jurgen Kloop menguasai sebahagian besar penguasaan bola, namun Arsenal lebih bernafsu menghalang tuan rumah dengan persembahan luar biasa di bawah tekanan dan masih berbahaya selepas babak pertama.

Liverpool pula ternyata tidak bertaring tanpa gandingan Mohamed Salah dan Sadio Mane, yang masing-masing terikat dengan tanggungjawab di Piala Negara-Negara Afrika untuk Mesir dan Senegal.

"Saya lebih suka menjaringkan gol daripada mereka mendapat kad merah, terutamanya semasa perlawanan sedang dalam momentum positif.

"Saingan ini merupakan aksi timbal balik, dan ini perlawanan pertama dan saya tidak ingat satu ketika dalam hidup saya apabila saya duduk dengan 0-0 pada separuh masa di mana sahaja ia berada dan berfikir, 'Oh, kami tidak mempunyai peluang lagi'," kata Klopp.

Untuk rekod pemenang perlawanan kedua minggu depan di London akan menentang Chelsea, yang menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 secara agregat, dalam perlawanan akhir di Wembley pada 27 Februari depan.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat ramai berjiwa pejuang dalam pasukan ini apabila dibuktikan pada hari ini.

"Sejujurnya cukup sukar untuk datang ke sini dengan 11 pemain kemudiannya seorang dibuang padang, secara langsung adalah tidak bagus. Tetapi semua pemain Arsenal benar-benar hebat daripada semua orang.

"Anda perlu menumpukan perhatian sepanjang permainan dan (mempunyai) sedikit tuah. Keputusan itu memang wajar, malah amat menyeronok untuk bertahan seperti itu sebagai pemain pertahanan," kata pertahanan Arsenal, Ben White, yang juga merupakan pemain terbaik perlawanan

Sementara itu, Arteta memuji semangat juang para pemainnya dalam perlawanan tersebut.

“Kami bermain permainan yang kami perlu mainkan, yang pastinya bukan permainan kami,” kata pengendali Sepanyol itu.