'Harimau tidak akan kacau manusia, kita yang kacau dia' - Peka

Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkaitan agar lebih bersikap serius dalam menangani masalah ancaman kepada hidupan liar termasuk harimau.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, gesaan itu termasuk mendesak kerajaan agar menghentikan segera aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan sehingga mengakibatkan kemusnahan habitat liar.

Menurut beliau, situasi itu juga menyebabkan spesies seperti harimau bertindak keluar daripada kawasan habitat dan mencetuskan konflik antara manusia-haiwan.

"Selalunya binatang ini tidak kacau manusia, manusia yang selalu kacau haiwan dan habitat mereka... yang tidak habis-habis nak buka hutan dan sebagainya.