X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Dos penggalak mungkin tidak mencukupi: WHO

Komposisi vaksin Covid-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah. - Foto 123rf
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin Covid-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin Covid-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC), vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan, kata Xinhua.

Sementara itu, komposisi vaksin Covid-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah.

Pakar telah menggalakkan pengeluar vaksin Covid-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron, sebelum memutuskan perubahan terhadap komposisi vaksin yang mungkin diperlukan.

Pakar turut menekankan kepentingan akses global terhadap vaksin Covid-19 bagi membendung varian Omicron. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!