Jenazah Setiausaha Akhbar MB Pahang selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Abdul Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini jam 9.40 malam pada Selasa.
Jenazah Allahyarham Abdul Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini jam 9.40 malam pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN- Jenazah Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Pahang, Allahyarham Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini jam 9.40 malam pada Selasa.

Jenayah Allahyarham yang tiba di Masjid al-Muhajirin Indera Mahkota 5 dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) disembahyangkan selepas Isyak.

Proses pengebumian berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga, sahabat handai dan para pengamal media.

Abdul.Wahab 61 meninggal dunia jam 5.45 petang pada Selasa ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat barah darah.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Laily Mohd Ebram, 62 dan dua anak.

Anak Allahyarham, Siti Amirah Abdul Wahab, 30, berkata, kesihatan bapanya merosot sejak November tahun lalu.

Menurutnya, bapanya sebelum ini telah menjalani rawatan di hospital selama lapan hari dan baru keluar Jumaat lepas.

"Petang semalam ( Isnin) dia mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke HTAA.

Artikel Berkaitan:

"Keadaannya kritikal sehingga terpaksa di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian.

Allahyarham berkhidmat sejak 1995 di bawah tiga Menteri Besar Pahang bermula dengan Tun Mohd. Khalil Yaakob, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Allahyarham juga merupakan bekas wartawan Bernama.

Sepanjang berkhidmat, Allahyarham cukup mesra dan dihormati pengamal media di negeri ini.

Allahyarham banyak membantu selain menjadi tempat rujukan pihak media dalam membuat liputan berkaitan kerajaan negeri.