X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Kes gangguan seksual libat hakim kanan, isteri orang masih disiasat

Siasatan berhubung kes seorang suri rumah yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang hakim kanan ketika berada di rumah mangsa di sini masih diteruskan. - Gambar hiasan
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Siasatan berhubung kes seorang suri rumah yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang hakim kanan ketika berada di rumah mangsa di sini masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak Timbalan Pendakwa Raya mengembalikan semula kertas siasatan kes tersebut kerana memerlukan maklumat tambahan.

"Ya, siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan oleh pihak polis," katanya yang mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sebuah portal berita tempatan pada Selasa melaporkan bahawa laporan berkenaan dibuat mangsa yang berusia 57 tahun pada Disember lalu.

Mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku pada Ogos 2020 semasa suspek datang ke rumah mangsa di mana ketika itu suami mangsa sedang terlantar sakit.

Suspek didakwa meminta izin untuk solat tetapi mengambil masa terlalu lama di dalam bilik dan apabila diperiksa mangsa mendapati lelaki itu sedang tidur dalam keadaan bogel.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!