Dua pelajar Malaysia menang Pertandingan Ucapan Kreatif Bahasa Arab

Dua pelajar Malaysia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Ucapan Kreatif Bahasa Arab Bayan ke-2 2021 anjuran Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO), baru-baru ini. - Foto Bernama
Dua pelajar Malaysia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Ucapan Kreatif Bahasa Arab Bayan ke-2 2021 anjuran Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO), baru-baru ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Malaysia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Ucapan Kreatif Bahasa Arab Bayan ke-2 2021 anjuran Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO), baru-baru ini.

Muhammad Aman Mohamad Rizal dari SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak, menjuarai kategori kanak-kanak, manakala Atiqah Maisarah Roslan dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Terengganu pula, memenangi kategori remaja.

Pertandingan berkenaan menyediakan tiga hadiah bagi setiap pemenang mengikut kategori umur, kanak-kanak (AS$1,000), remaja (AS$1,500) dan belia (AS$2,000).

Menurut kenyataan media Pusat Bahasa Arab bagi Bukan Penutur Asli ICESCO, inisiatif ini bagi menggalakkan kreativiti para pelajar bukan penutur asli bahasa Arab, di samping memupuk kemahiran berbahasa melalui penulisan dan ucapan kreatif.

Para peserta diminta menyediakan video pendek bertemakan pembelajaran pasca Covid-19, mencegah lebih baik daripada merawat, kepelbagaian budaya dan teknologi & masa hadapan.

Setiap penyertaan dinilai daripada sudut ketepatan bahasa, idea, dan kualiti serta kreativiti persembahan.-- BERNAMA

Artikel Berkaitan: