Mayat lelaki terapung, polis sahkan tiada unsur jenayah

PDRM
PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum di sini pada Khamis lepas, tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ia adalah berdasarkan keputusan bedah siasat yang diperoleh pada petang Isnin, namun identitinya belum diketahui.

"Proses bedah siasat itu dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan sudah selesai.

"Bagaimanapun, sampel hati dan tulang akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Ujar Nanda, Bahagian Bantuan Teknik (D6) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban sudah mengambil cap jari mayat berkenaan untuk semakan kaum dan kerakyatan.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, dekat, Kampung Linsum.

Nanda dilaporkan berkata, pihaknya segera ke lokasi sebaik dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 1.50 petang.

Katanya, siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati, tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.

Artikel Berkaitan: