X

Kindly register in order to view this article
!

Angka korban Christchurch meningkat 49 orang

Mangsa tiba di hospital untuk mendapat rawatan susulan insiden tembakan di dua masjid di bandar Christchurch hari ini. - FOTO AFP
A
A
CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Angka kematian insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch hari ini meningkat kepada 49 orang, lapor pihak polis.

Terdahulu, sekitar jam 1.40 tengahari (waktu tempatan) hari ini bandar Christchurh digemparkan dengan insiden tembakan oleh penyerang yang menyasarkan dua buah masjid dipenuhi jemaah yang menunaikan solat Jumaat.

Menyifatkan insiden serangan ke atas Masjid Al Noor dan Masjid Linwood sebagai serangan terancang oleh pengganas, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern turut berkata ia adalah hari yang buruk buat keseluruhan rakyat negara itu.

Serangan berdarah di Masjid Al Noor distrim secara langsung oleh penyerang kulit putih bernama Brento Tarrant, berusia 28 tahun berasal dari Australia.- AFP


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!