Terengganu rekod lapan kes Omicron libatkan jemaah umrah

Terengganu merekodkan lapan kes positif Covid-19 melibatkan varian Omicron dengan kesemuanya membabitkan jemaah yang pulang menunaikan umrah di Makkah.
Terengganu merekodkan lapan kes positif Covid-19 melibatkan varian Omicron dengan kesemuanya membabitkan jemaah yang pulang menunaikan umrah di Makkah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Terengganu merekodkan lapan kes positif Covid-19 melibatkan varian Omicron dengan kesemuanya membabitkan jemaah yang pulang menunaikan umrah di Makkah.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, dua kes jangkitan melibatkan jemaah di Kuala Terengganu, Dungun dan Besut manakala masing-masing satu kes di Kemaman dan Kuala Nerus.

“Kes pertama dikesan pada 15 Disember melibatkan jemaah wanita yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dia diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO),” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut Dr Kasemani, kesemua lapan kes varian Omicron itu hanya melibatkan pesakit kategori satu dan dua.

Bagaimanapun kata beliau, dua pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) kerana mempunyai komobid.

“Semua kes ini tidak mencetuskan kluster dan tiada transmisi tempatan direkodkan," katanya.

Sehingga 6 Januari lalu, jumlah kumulatif kes varian Omicron yang dicatatkan ialah 245 kes dengan 157 kes melibatkan jemaah umrah.

Artikel Berkaitan: