X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Dua gempa bumi gegar Halmahera, Indonesia

Dua gempa bumi itu berlaku dalam tempoh kurang sejam.
A
A

JAKARTA - Dua gempa bumi melanda daerah Halmahera Utara di Wilayah Maluku Utara, Indonesia dalam tempoh kurang sejam pada pagi Isnin.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi pertama berskala 5.2 melanda Halmahera pada 4.27 pagi waktu Indonesia Barat pada kedalaman 10km, diikuti dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.5 kira-kira 32 minit kemudian.

Tobelo dan beberapa kawasan lain, termasuk Sofifi dan Galela turut merasakan gegaran itu.

Menurut agensi itu, tiada risiko tsunami, kehilangan nyawa atau harta benda dilaporkan.

Halmahera, pulau terbesar di Kepulauan Maluku, terletak hampir 405km dari Manado, Sulawesi Utara. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!