Gempa bumi sederhana gegar wilayah Chiba, Jepun

Gempa bumi dengan bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba pada Khamis. - Gambar hiasan.
Gempa bumi dengan bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba pada Khamis. - Gambar hiasan.
A
A
A
TOKYO - Gempa bumi dengan bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba pada Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

Menurut agensi cuaca, gempa itu berlaku di selatan wilayah Chiba pada 4.16 pagi waktu tempatan pada kedalaman 40 kilometer (km).

Pusat gempa bumi terletak pada 35.2 darjah utara dan 140.2 darjah timur.

Gegaran turut dirasai di Tokyo namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. -Bernama-Xinhua