Inisiatif Wilayah Bebas Niaga diteruskan hingga Jun

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan Inisiatif Wilayah Bebas Niaga yang sepatutnya tamat pada 31 Disember lalu.

DBKL dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pemberian lesen sementara di bawah KL Prihatin itu dilanjutkan mulai Januari hingga Jun depan.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh inisiatif tersebut dilaksanakan tiada bayaran fi lesen dikenakan.

"Penjaja yang masih aktif menjalankan aktiviti perniagaan dikehendaki mencetak semula lesen yang baharu bagi tujuan pembaharuan.

"Urusan pembaharuan dan panduan cetakan lesen boleh dilaksanakan dengan melayari laman https://elesen.dbkl.gov.my," katanya.

Inisiatif Wilayah Bebas Niaga dilaksanakan sejak November 2020 bagi membolehkan orang ramai di Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan sesuai secara percuma.

Artikel Berkaitan: