Terpaksa habiskan wang simpanan mula perniagaan

Suzana (kanan sekali) menghabiskan simpanan wangnya bagi memulakan semula perniagaan.
Suzana (kanan sekali) menghabiskan simpanan wangnya bagi memulakan semula perniagaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kawasan tapak niaga tepi jalan atau 'street food' Padang Jawa di sini merupakan antara lokasi pilihan penggemar makanan jalanan.

Bagaimanapun, kawasan berkenaan terjejas berikutan ramai peniaga tidak dapat meneruskan perniagaan kerana mengalami kerosakan gerai akibat banjir malah ada yang ranap.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, peniaga terbabit terpaksa menghabiskan wang simpanan untuk bangkit memulakan perniagaan.

Seorang peniaga makanan, Suzana Mustapa, 29, berkata, hampir kesemua barangan dan peralatan perniagaan miliknya ditenggelami air dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua barangan perniagaan, kereta dan motosikal miliknya tidak dapat dibaiki.

Suasana di tapak niaga 'street food' Padang Jawa kembali 'bernyawa' apabila pelanggan mulai membanjiri lokasi berkenaan.
Suasana di tapak niaga 'street food' Padang Jawa kembali 'bernyawa' apabila pelanggan mulai membanjiri lokasi berkenaan.

"Simpanan yang ada terpaksa dijadikan modal untuk membeli peralatan baharu. Saya perlu bangkit walaupun bermula dari bawah semula," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.

Seorang lagi peniaga makanan, Mohamad Abdullah, 46, pula mengakui buntu mengenangkan nasibnya kerana banyak modal dan masa diperlukannya untuk mula mencari rezeki.

Artikel Berkaitan:

"Saya kerugian kira-kira 10,000 dalam sekelip mata dan terpaksa mencari semula pendapatan supaya dapat hidup selesa seperti biasa," katanya.

Situasi sama dihadapi peniaga peralatan komunikasi, Abdullah Yacob, 72, apabila semua barang jualan dan termasuk kad prabayar rosak dalam kejadian banjir itu.

Abdullah Yacob
Abdullah Yacob

"Saya rugi hampir RM5,000. Walaupun kecil tetapi bagi peniaga seperti kami ia agak besar untuk membina semula perniagaan," katanya sudah lebih lima tahun berniaga.

Kini selepas seminggu membuat persiapan ketiga-tiga peniaga ini termasuk beberapa lagi peniaga lain mula menjalankan operasi.