X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Azam ulangi pendirian kekal tidak bersalah

Azam - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengulangi pendirian bahawa beliau tidak bersalah berhubung kontroversi pemilikan saham olehnya.

Memetik laporan The Star, Azam menegaskan, beliau bersedia untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa berkenaan perkara terbabit.

Malah, beliau turut bersedia untuk menghadap Jawatankuasa Aduan SPRM sekiranya dipanggil untuk disoal siasat.

Katanya, jika kes tersebut dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam sidang akhbar khasnya mengakui berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Jelas Abu Zahar, hasil penjelasan Azam, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam, iaitu Nasir Baki.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kemudiannya pada Khamis berkata, akan berhubung dengan Azam dan pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kontroversi pemilikan saham tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!