Cubaan calar reputasi azam, gugat imej SPRM

Hasmuni Hassan
Hasmuni Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba digugat dengan mencalar reputasi bersih Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan berkata, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang telah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berhubung dakwaan memiliki saham yang sebenarnya adalah milik adik beliau.

"Tiada perlakuan jenayah atau 'conflict of interest' dalam perkara itu kerana pembelian saham tersebut melalui pasaran terbuka dan syarikat terbabit tidak disiasat oleh SPRM.

"Beliau juga telah membuat penjelasan dan menafikan secara terbuka segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang mungkin sakit hati dengan ketegasan SPRM," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pihak berkepentingan cuba menghakis kepercayaan rakyat terhadap SPRM dengan melemparkan tuduhan remeh yang tiada asas jenayah.

" Adakah mereka ingin menghakis kepercayaan rakyat terhadap SPRM supaya kes mereka yang disiasat oleh SPRM tidak relevan?"

"Saya berpendapat bahawa Azam perlu diberi ruang dan peluang yang adil untuk menjawab segala tuduhan mengikut lunas undang-undang Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: