Tourism Malaysia, ShopBack jalin kerjasama tarik pelancong

A
A

PLATFORM pulangan tunai dalam talian, ShopBack menjalinkan kerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menarik pelancong ke Malaysia sempena Pesta Perjalanan Online yang diadakan bermula 11 Mac hingga Ahad ini.

Pengarah Urusan Bahagian Domestik dan Pengurusan Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapa berkata, ini adalah tahun ketiga Tourism Malaysia menyokong usaha ShopBack mempromosikan perjalanan domestik.

“Tahun ini kami memperluaskan sokongan kami ke Pameran Perjalanan Online ShopBack, pameran e-pelancongan terbesar di Malaysia dengan kerjasama Agoda, Booking.com, Expedia, Malaysia Airlines, BusOnlineTicket, KLOOK, Traveloka, Trip.com dan banyak lagi.

“Pameran TravelBack Online yang lalu berjaya mencapai pertumbuhan 100 peratus dan ini menggalakkan usaha berterusan sektor awam serta pemain e-dagang swasta mencapai prestasi industri ke arah matlamat Visit Malaysia 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Alvin Gill
Alvin Gill

Sementara itu, Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata, setiap tahun ribuan pelancong menggunakan ShopBack untuk membuat tempahan perjalanan dengan Agoda, Booking.com, Expedia, Malaysia Airlines dan lain-lain kerana ia lebih banyak menjimatkan wang.

“Pelancong boleh mendapatkan lapan peratus cashback di setiap tempahan perjalanan di mana sekiranya bilik hotel berharga RM500, mereka hanya perlu membuka laman web atau aplikasi ShopBack untuk membuat tempahan dan mendapat rebat tunai sebanyak RM40 dari kami.

“Harga tempahan adalah sama tetapi orang ramai akan mendapat cashback jika menggunakan perkhidmatan kami,” katanya.

Menurutnya, sempena Pakej Perjalanan Dalam Talian 2019, pihaknya akan memberi tambahan bonus tunai RM25 kepada semua pelancong yang membeli pakej penerbangan, penginapan dan pakej perjalanan ke mana-mana destinasi bermula 11 Mac hingga Ahad ini.

“Kami amat berbesar hati apabila mendapat sokongan Tourism Malaysia untuk kempen ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong menikmati alam, budaya, seni dan makanan di negara ini serta mencipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan di Malaysia,” katanya.

ShopBack ialah laman pemulangan tunai yang fungsi utamanya dalam laman pelancongan yang meliputi perkhidmatan, penerbangan, bas, perjalanan, penginapan dan perkhidmatan pelancongan dengan menawarkan rebat tunai atau diskaun yang disediakan peniaga.

Pendaftaran di ShopBack adalah percuma dan lebih satu juta rakyat Malaysia menggunakan ShopBack pada masa ini dan lebih daripada RM30 juta cashback telah diberikan kepada pengguna sejak 2015.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shopback.my/ atau ikuti https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.