Sila log masuk terlebih dahulu.

Abang Viva kini sukarelawan APM

Cuthbert (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan.
Cuthbert (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Pemuda dikenali sebagai 'Abang Viva,' Azwan Omar, 30, dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, pihaknya akan membantu Azwan menjalani latihan penyelamatan yang lebih tersusun dan sistematik agar beliau lebih bersedia serta berkeyakinan dalam menjalankan tugas sukarelawan kepada masyarakat nanti.

"Jadi, kita akan latih beliau mengikuti kursus penyelamatan yang lebih lengkap.

"Selain itu beliau akan menjalani latihan supaya apabila turun memberi khidmat di tempat bencana, beliau lebih bersedia dan berkeyakinan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Azwan juga akan menjalani beberapa siri kursus dan latihan penyelamatan yang disediakan APM selepas ini.

Ujar beliau, turut mencadangkan agar individu itu mendalami ilmu penyelamatan dan menjadi sebahagian sukarelawan APM yang cemerlang.

"Disebabkan pada masa ini, beliau (Azwan) mempunyai kerja hakiki, jadi sekiranya ada waktu terluang, beliau boleh bersama kita sebagai sukarelawan pasukan pertahanan awam bagi memberi khidmat kepada masyarakat," katanya.

Pada Selasa lalu, Cuthbert menyampaikan sijil penghargaan kepada Azwan di kediaman keluarganya di Taman Pengkalan Indah. Pada majlis tersebut, beliau ditawarkan sebagai anggota sukarelawan pertahanan awam.

Artikel Berkaitan:

Kisah Azwan tular di media sosial dengan jolokan 'Abang Viva' kerana membantu mangsa menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot. Ends