Kuota balak: Takiyuddin akan hubungi Mohd Amar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan menghubungi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kuota balak setiap negeri.

Jelasnya, setiap negeri sebenarnya mempunyai jadual penebangan tahunan dan kuota.

"Saya pernah berada dalam Exco Kelantan...Saya tahu,"jelasnya.

Menurutnya, kuota balak akan ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli-ahlinya terdiri daripada menteri besar serta ketua menteri.

"Saya tak pasti kenyataannya (Mohd Amar), Saya akan hubungi beliau," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohd Amar yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menentukan kuota penebangan balak di setiap negeri, sebaliknya kegiatan tersebut dilakukan mengikut perkara yang termaktub di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pada asasnya, jadual penebangan tahunan ditentukan berdasarkan 'Malaysian Criteria and Indicator For Forest Management Certification' sejak 2012 lagi.

"Setiap negeri tidak boleh menebang atau mengeluarkan kayu balak melebihi kouta dibenarkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Malaysia kekal komited untuk mengekalkan 50 peratus kawasan berhutan menjelang tahun 2050.

"Ada 18 tahun lagi, sekarang ini negara kita diliputi 55.3 peratus.

"Kita mahu kekalkannya sebab itu kita kawal penebangan balak ini," ujarnya.