79.5 peratus terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari: PM

Ismail Sabri (dua dari kanan) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 semasa melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Alor Gajah pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat pukul 1 tengah hari Khamis, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ciapan di Twitternya, Ismail Sabri berkata, mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. - Bernama

Artikel Berkaitan: