Sasar peningkatan 30 peratus pengeluaran minyak sawit negara

Setakat November tahun lalu, minyak sawit Malaysia merangkumi 24 peratus pengeluaran minyak sawit global dan 31 peratus jumlah eksport dunia. - Foto 123rf
Setakat November tahun lalu, minyak sawit Malaysia merangkumi 24 peratus pengeluaran minyak sawit global dan 31 peratus jumlah eksport dunia. - Foto 123rf
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan peningkatan pengeluaran minyak sawit negara sehingga 30 peratus berbanding jangkaan pencapaian tahun lalu.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ia disokong oleh kempen dan inisiatif baharu yang akan dilaksanakan kementerian itu.

"Tahun ini juga, kita akan meneroka pasaran eksport baharu minyak sawit ke Timur Tengah dan Asia Selatan yang merangkumi Arab Saudi, Iran, Sri Lanka, India serta Bangladesh," katanya.

Menurutnya, kementerian optimis industri minyak sawit terus menjadi tonggak utama kepada ekonomi negara.

"Minyak sawit ini adalah penyumbang utama eksport komoditi negara dan keempat terbesar ekonomi," katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Seminar dan Dialog 2022 'Reach & Remind, Friends of the Industry', pelancaran kempen 'Malaysian Palm Oil Full Of Goodness' dan pelancaran buku Mari Kenali Sawit di sini pada Rabu.

Nilai eksport minyak sawit dan derivatif hiliran Malaysia melonjak kepada 40 peratus kepada RM91.4 bilion bagi tempoh Januari hingga November 2021 berbanding RM65.3 bilion bagi tempoh sama tahun 2020.

India menjadi pengeksport utama minyak sawit negara membabitkan 3.2 juta tan bagi tempoh Januari sehingga November 2021.

Setakat November tahun lalu, minyak sawit Malaysia merangkumi 24 peratus pengeluaran minyak sawit global dan 31 peratus jumlah eksport dunia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Zuraida berkata, tahun 2021 merupakan tahun mencabar kepada industri minyak sawit yang terjejas dengan pengurangan pekerja ladang sekitar 75,000 menyebabkan aktiviti penuaian tertangguh selain kualiti tandan buah yang dituai lebih rendah.

"Pengeluaran mintak sawit negara susut sebanyak 1.3 juta tan atau lapan peratus kepada 15.03 juta tan.

Bagi mengatasi masalah kekurangan ini, kerajaan bersetuju untuk mendapatkan 32,000 pekerja asing dengan pematuhan ketat dan prosedur operasi standard (SOP) yang