Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia

Allahyarham Abdul Hamid
Allahyarham Abdul Hamid
A
A
A

ARENA bola sepak Kelantan dan kebangsaan kehilangan sebutir permata apabila Abdul Hamid Ramli, 69, meninggal dunia pada Rabu.

Bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 70 dan 80-an yang beraksi di posisi penjaga gol itu meninggal dunia pada jam 3.24 pagi.

Menurut anaknya, Mohd Zaki Abdul Hamid, ayahnya meninggal dunia di rumah di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian akibat serangan jantung selepas mengalami sesak nafas.

"Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tingkah laku pelik, tetapi dia sempat mewakafkan naskhah al-Quran untuk adik-beradiknya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Menurut Mohd Zaki, jenazah ayahnya itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Chat pada jam 11 pagi.

Sepanjang karier bersama pasukan kebangsaan, Abdul Hamid pernah membantu negara menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1976 dan 1979.

Abdul Hamid juga pernah bergelar sebagai jurulatih penjaga gol kepada beberapa pasukan terkemuka negara seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu City FC, Kelantan United dan beberapa lagi pasukan.

Artikel Berkaitan: