X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Cukuplah menagih wang KWSP

Gambar hiasan
A
A

PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara pada Februari 2020 telah memberi kesulitan buat 32.7 juta rakyat Malaysia. Bahkan rakyat kais pagi makan pagi bagi yang meniaga, kesan daripada sekatan perjalanan untuk menurunkan graf lengkungan jangkitan Covid-19.

Belum dikira lagi rakyat yang dipotong gaji, hilang pekerjaan akibat syarikat terpaksa gulung tikar.

Menyedari kesulitan yang dihadapi, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM101 bilion yang disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli.

Baru-baru ini pula, terdapat permintaan termasuk ahli politik supaya kerajaan membenarkan kemudahan pengeluaran KWSP agar ekonomi rakyat dapat pulih dan merancakkan ekonomi.Bagaimanapun, kerajaan ketika ini tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP berjumlah RM10,000, meskipun ramai yang terjejas dengan banjir terutamanya di Selangor dan Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir, namun rakyat berisiko menjadi miskin tegar ketika bersara nanti.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP telah menjelaskan, kemudahan pengeluaran KWSP telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas iaitu RM240,000 pada usia 55 tahun iaitu daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada anggaran 27 peratus pada hujung tahun lalu.

KWSP menganggarkan bahawa ahli-ahli yang terkesan perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.

Tabung persaraan pekerja telah merosot dengan ketara akibat pengeluaran yang dibuat sepanjang dua tahun lalu susulan wabak Covid-19.

Malah, menurut Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), pengeluaran wang KWSP ketika bencana susulan banjir besar yang melanda negara bukanlah satu pendekatan yang bijak.

Mahukah anda bekerja pada usia senja untuk menampung kehidupan masa tua? Cukup, jangan lagi ditagih lagi wang KWSP. Kenanglah masa tua anda.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!