Dua ban pecah akibat hujan berterusan, satu siap dibaiki

JPS sedang membaik pulih ban pecah di rumah pam Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang pada Isnin.
JPS sedang membaik pulih ban pecah di rumah pam Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan ban di Kampung Labohan Dagang yang pecah berikutan hujan berterusan siap sepenuhnya pada Isnin.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja pembaikan satu lagi ban di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang masih dijalankan.

Menurut kenyataan itu, limpahan air Sungai Langat mengakibatkan dua ban berkenaan pecah dan berlaku hakisan ban kira- kira tiga hingga empat meter lebar pada jam 10 pagi Isnin.

"JPS segera melakukan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan ban Sungai Langat.

"Sehingga kini, Limpahan Air Sungai Langat di kawasan jajaran Sungai Langat adalah terkawal," kata kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu memberitahu, JPS telah menggerakkan sebanyak empat jentera di setiap lokasi bagi kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan ban.

"Penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa," jelasnya.

Artikel Berkaitan: