'Pencemaran bahan kimia perkara serius'


Dr Mahathir mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail di sini hari ini.
Dr Mahathir mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masyarakat mesti anggap kejadian pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang sebagai perkara yang serius.

Menurutnya, bagaimanapun perlu diingat bahawa kebolehan pihak yang bertugas untuk menyelamatkan mangsa, memang baik dan berhasil.

“Sebab itu segala-galanya berada dalam keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nasihatnya kepada masyarakat yang panik berhubung kejadian itu.

Dr Mahathir berkata, kerajaan menerusi pihak berkaitan sedang menjalankan usaha untuk kenal pasti mereka yang terlibat dan bersalah dalam bencana itu.

Ditanya sama terdapat perancangan untuk evakuasi atau memindahkan orang ramai daripada zon bahaya, katanya, buat masa ini, tiada sebarang perancangan untuk berbuat sedemikian.

Menjawab pertanyaan pemberita sama ada bersetuju mengenai desakan rakyat supaya undang-undang alam sekitar mengenakan hukuman lebih berat, beliau berkata, kerajaan mengambil perhatian tentang betapa seriusnya peristiwa yang berlaku itu.

“Kerana kita biasa dengan racun air atau ‘solid’ tapi ini gas. Yang kita tak pernah tangani dan saya yakin kita akan kaji undang-undang sama ada perlu diperkuatkan ataupun tidak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ditanya mengenai tiada pendakwaan terhadap suspek yang sepatutnya berlaku hari ini, Dr Mahathir berkata, perlu ditentukan sebelum buat sebarang pendakwaan.

“Jangan kita tuduh dengan sewenang-wenangnya dan terkena kepada orang yang tidak bersalah.

“Kita perlu buat siasatan supaya kita dapat menentukan dari mana datangnya bahan ini,” katanya.