Mangsa banjir di Terengganu kekal 137 orang

Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan jumlah mangsa berada di PPS kekal 137 orang.
Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan jumlah mangsa berada di PPS kekal 137 orang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu dilaporkan masih kekal seramai 137 orang setakat jam 10 pagi Isnin.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Dungun bagi menempatkan 42 keluarga yang terjejas banjir.

“Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor pula mempunyai 20 keluarga melibatkan 68 mangsa.

“Keadaan cuaca sekarang adalah mendung, berangin dan hujan renyai di satu atau dua tempat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu memaklumkan stesen sungai Paya Paman di Kemaman masih melepasi paras amaran dengan bacaan 3.70 meter.

Tiga stesen lain iaitu stesen Pasir Raja, Dungun, stesen Kampung Bukit, Setiu dan stesen Kampung Keruak, Besut merekodkan bacaan paras air melepasi aras waspada.

Artikel Berkaitan: