Mane patut dibuang padang

Pemain Liverpool, Sadio Mane (tengah), melakukan percubaan ke pintu gol biarpun cuba dikekang benteng pertahanan Chelsea. - Foto EPA
Pemain Liverpool, Sadio Mane (tengah), melakukan percubaan ke pintu gol biarpun cuba dikekang benteng pertahanan Chelsea. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Chelsea Thomas Tuchel menegaskan bahawa penyerang Liverpool, Sadio Mane seharusnya dibuang padang kerana melakukan kekasaran (menyiku), terhadap Cesar Azpilicueta pada minit-minit awal perlawanan.

Malah,Tuchel turut mempersoalkan kenapa pemain berkenaan hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan walaupun kekasaran itu dapat dilihat dengan jelas.

“Sebelum ini, pemain kami Reece James menerima kad merah atas kesalahan sama dan ketika itu pengadil membuat keputusan dengan cepat.

“Tetapi kali ini, mereka (pengadil), tidak melihatnya (kekasaran) langsung. Secara peribadi saya sendiri memang tidak sukakan layangan kad pada awal perlawanan kerana ia akan ‘membunuh’ mood perlawanan kerana penonton mahu menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 11 pemain.

“Masalahnya, kali ini kekasaran benar-benar berlaku dan layangan kad patut dibuat dan ia melibatkan layangan kad merah. Adakah ia terlalu sukar untuk dibuat?

Pada perlawanan berkenaan Chelsea ketinggalan 0-2 setelah Mane menjaringkan gol sulung selain Mohamed Salah menjaringkan gol kedua buat Liverpool.

Bagaimanapun, Mateo Kovacic dan Christian Pulisic kemudiannya menjaringkan gol masing-masing pada minit ke-42 dan minit-45 bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan Tuchel berkata, kesemua pemain The Blues telah mempamerkan aksi terbaik dan malah, hampir mencatatkan kemenangan biarpun ketinggalan 0-2 di awal perlawanan.

Artikel Berkaitan:

“Perlawanan ini satu perlawanan yang hebat. Kami berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol dan kemudian hampir memenanginya.

“Bagaimanapun, kami juga hampir ditewaskan pada minit-minit akhir perlawanan apabila pelawat mengasak ke pintu gol,” katanya.