Russia cerahkan peluang pertahan Piala ATP

Skuad tenis Russia mencerahkan peluang mempertahankan trofi Piala ATP yang dimenangi tahun lalu apabila menewaskan Perancis 2-1, pada Ahad.
Skuad tenis Russia mencerahkan peluang mempertahankan trofi Piala ATP yang dimenangi tahun lalu apabila menewaskan Perancis 2-1, pada Ahad.
A
A
A

SKUAD tenis Russia mencerahkan peluang mempertahankan trofi Piala ATP yang dimenangi tahun lalu apabila menewaskan Perancis 2-1, pada Ahad.

Bagaimanapun, Russia perlu menunggu sehingga aksi beregu setelah Medvedev yang juga pemain nombor dua dunia, tewas 7-6 (7-5), 5-7, 6-7 (2-7) kepada Ugo Humbert, pada acara perseorangan kedua biarpun Safiullin menang 2-6, 7-5, 6-3 ke atas Arthur Rinderknech, pada aksi perseorangan sebelum itu.

Setelah tewas dalam dua acara perseorangan, beregu Russia yang diwakili Roman Safiullin dan Daniil Medvedev mempamerkan aksi mantap bagi menewaskan beregu Perancis, Edouard Roger-Vasselin, dan Fabrice Martin, 6-4, 6-4.

“Ia satu perasaan yang hebat apabila memenangi perlawanan pertama dan ia ditambah dengan pesanan daripada Medvedev yang berpesan kepada saya agar bermain dengan bersungguh-sungguh bagi meraih mata pertama pasukan kami.

“Malangnya, Medvedev pula tewas ketika berdepan Humbert dan ia membuatkan kami perlu memastikan kemenangan dalam acara beregu dan kami berdua memang berbangga apabila ia (kemenangan), berjaya direalisasikan,” katanya.

Untuk rekod, Safiullin mendapat peluang beraksi pada Kejohanan ATP kali ini susulan Anddrey Rublev dan Aslan Karatsev menarik diri menjelang kejohanan berkenaan.

Berdasarkan jadual, Safiullin juga bakal beraksi dalam acara beregu bergandingan dengan Medvedev bagi aksi berdepan Perancis bagi edisi ketiga Piala ATP yang diperkenalkan mulai 2020 lalu.

Selain Safiullin dan Medvedev, skuad Russia yang masih segar dengan kejayaan memenangi Piala Davis 2021 setelah menewaskan Croatia 2-0, Disember lalu turut dibarisi oleh pemain perseorangan yang juga merupakan pemain ranking ke-211 dunia, Evgeny Karlovskiy.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Safiullin berharap agar momentum kemenangan berkenaan berterusan selepas ini dalam usaha memastikan kemaraan ke final kelak.

“Kami akan cuba sedaya upaya memberikan aksi terbaik dalam usaha memastikan kejayaan pada kejohanan kali ini.

“Kami juga akan cuba beraksi tanpa tekanan bagi bagi merealisasikan misi mara lebih jauh dalam kejohanan kali ini,” katanya.